Wednesday, January 5, 2011

Kaybee Kota Fantasi!!!


(Lokasi 2 Hayaki Kopitiam)

Hayaki Oh Hayaki, ha3 kopitiam yang sudah menjadi terkenal sejak akhir2 ini. Kopitiam ini terkenal bukan disebabkan menyediakan menu2 yang menarik, tapi lokasi serta perkhidmatan wifi yang boleh dikatakan terbaik dari yang lain.

Cekedish merupakan peminat setia kopitiam, boleh dikatakan seluruh kopitiam di kaybee cekedish dah singgah seperti Wau Kopitiam, D'Classic, One Station, 1st Station, MidTowm, Family, Lighthouse, etc....

Tapi jika remaja2 just nk lepak2 atau main WiFi cekedish preferred Hayaki kerana lokasi yang sangat strategik dengan bandar dan kemudahan yang disediakan pun cukup baik. lagi satu, tempat paling suka cekedish survey adalah tandas, ha3 boleh dikatakan grade B la bagi tandas Hayaki masih di tahap memuaskan.

Cekedish xda la cakap yang Kopitiam lain xbest, cuma apa yang cekedish ingin highlight adalah keselesaan bagi remaja2 yang ingin bersantai.

Tunggu komen cekedish bagi koptiam2 yang lain..

Lakukan Transformasi, melestarikan negeri!!!

KAFA Perkenal Pemain Jumaat Ini

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan memperkenalkan barisan pemain skuad Liga Super Kelantan musim ini dalam satu majlis yang akan diadakan di ruang legar KB Mall, Kota Bharu pada jam tiga petang hari Jumaat ini.

Timbalan Presidennya, Datuk Afandi Hamzah berkata, serentak dengan majlis itu juga pihak Kafa akan mengumumkan satu jawatankuasa baru Kafa yang baru dibentuk selepas Mesyuarat Agung dan Kongres Pemilihan bagi penggal 2010/2013 yang telah diadakan baru-baru ini.

“Setelah majlis memperkenalkan barisan pemain skuad Liga Super Kelantan tertangguh sebelum ini atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, maka pihak Kafa amat berbesar hati telah memutuskan untuk mengadakan majlis ini pada Jumaat ini setelah kesemua pemain dihimpunkan kembali menyertai pasukan ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

“Lebih menarik lagi, setelah sekian lama menunggu akhirnya peminat bola sepak tempatan juga berpeluang melihat dengan lebih dekat jersi baru yang akan digunapakai oleh skuad Kelantan dalam pertandingan Liga Malaysia musim ini kerana kita akan turut melancarkan jersi baru tersebut pada Jumaat ini.

“Disamping itu juga, pihak Kafa akan mengumumkan senarai nama syarikat-syarikat yang akan menjadi penaja utama dan bersama skuad The Red Warriors pada musim ini dalam majlis tersebut,” katanya.

Afandi berkata, semua pengunjung yang menghadiri majlis tersebut turut berpeluang merebut hadiah-hadiah istimewa yang disediakan oleh pihak Kafa.

“Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada peminat bola sepak Kelantan, ambillah peluang pada cuti hujung minggu ini dengan hadir beramai-ramai ke majlis ini bagi menyemarakkan lagi industri bola sepak negeri ini.

“Selain itu, pihak Kafa juga akan membuka secara rasmi keahlian kepada semua peminat bola sepak Kelantan untuk menjadi ahli berbayar dengan Kafa dengan yuran disifatkan amat berpatutan.

“Bagi peminat bola sepak Kelantan yang mendaftar menjadi ahli pada hari itu juga akan menerima hadiah istimewa daripada pihak Kafa. Kita berharap, para peminat Kelantan bersedia bersama dengan kita, menyokong kita dengan menjadi ahli berbayar. Ada banyak kelebihan bagi yang menjadi ahli ini termasuk mendapat diskaun harga tiket perlawanan.

Afandi juga turut mengumumkan bahawa Pengerusi kelab bola sepak Cardiff City iaitu Datuk Chan Tien Ghee akan turut hadir dalam majlis tersebut sebagai tetamu jemputan khas.

Datuk Chan Tien Ghee merupakan seorang tokoh ahli perniagaan dari Malaysia yang memiliki kelab tersebut yang kini beraksi dalam Liga Divisyen Satu di England.

Sumber: Kelate.net

Tuesday, January 4, 2011

Tune Hotels : Kota Bharu City Centre



ALAMAT
Tune Hotels - Kota Bharu City Centre
KBCC, Jalan Hamzah
15050 Kota Bharu,
Kelantan

KEMUDAHAN
172 rooms
119 Double Rooms
52 Twin Rooms
1 Wheel-Chair Friendly Room

Cekedish rasa ramai rakyat Kelantan menunggu hotel ini apabila ia dijangka siap 23 Januari 2011. Cekedish bukan mahu mempromosikan Hotel ini. Tapi tahukah anda bahawa harga booking bagi Tune Hotel semalaman sebanyak 0.10sen sahaja?? Terkejut? itulah promosi yang disediakan oleh pihak Tune yang memang menyediakan hotel Budget.

Yang menjadi masalah korang semua mesti berkenaan dengan pembayaran. Usah risau, pihak Tune menyediakan E-Debit, bermakna anda tidak perlu menggunakan kad kredit. Hanya masukan duit dalam akaun maybank anda.Cuti-cuti Malaysia

Lakukan Transformasi, melestarikan negeri!!!

KBMALL !!!

Cekedish rasa ramai yang mengenali pasaraya tersebut, yang sebelum ini menjadi pasaraya yang berjaya mengutip keuntungan tertinggi dalam sejarah negara,mengalahkan Mall yang lain diseluruh Malaysia. Namun, apa yang cekedish kesalkan adalah tahap pengurusan yang amat lemah sehinggakan pasaraya yang menjadi kebanggaan rakyat Kelantan menjadi seperti kedai runcit.

Kenapa cekedish anggap sedimikian?. Bagi pengujung KBMAll mungkin mengetahui kedaifan Mall tersebut. Atap bocor disana sini, kawasan parking atas kurang memuaskan, dan lain2. Tapi cekedish masih respect Mall tersebut kerana menyediakan parking yang percuma, tandas yang masih di tahap memuaskan dan Food Court yang menyediakan makanan best2.

Lakukan Transformasi, melestarikan negeri!!!

Dunia Oh Dunia

Apa nk jadi dengan dunia sekarang, mcm2 kes jenayah telah berlaku. Memang cekedish tidak nafikan bahawa jenayah telah berlaku sejak zaman dahulu lagi. Tapi sejak hari ke hari jenayah semakin teruk sehinggakan diluah kotak pemikiran kita.Dunia kita sekarang tidak lagi selamat seperti dahulu. Nk tahu kenapa? bagi cekedish la, faktor paling besar adalah kedatangan warga asing, kenaikan harga barangan seterusnya menyebabkan rakyat terbeban, gejala sosial dan media. Cuba anda semua lihat kematian seorang gadis bukan dari Malaysia. Cekedish tidak boleh bayangkan saat kematian beliau. Pape pown.. Layanzzzz
Credit to chelaka.com

Monday, January 3, 2011

Seludup Dadah Dalam Jantung!

Sekarang cekedish tgk mcm2 cara pengedar nk lepaskan diri dari Polis. Tapi yang ni kire horror gak la sampai simpan dadah dalam jantung. Isu ini cekedish dapat dalam sebuah ruangan blog. Agak terkesima jugaklah. Sape xsangka manusia dijadikan satu bahan pengedaran dadah.

Sape2 yang xbrapa nk berani harap jangan layan.hu3

Lihat

Karam Singh Walia Hina Melayu ?

SHAH ALAM – Seorang wartawan terkenal sebuah stesen televisyen swasta terpaksa melalui detik mencemaskan akibat dikepung sekumpulan lelaki yang marah dengan tindakannya yang didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap orang Melayu.

Dalam kejadian di sebuah restoran di Klang dekat sini beberapa hari lalu, wartawan yang sering muncul di kaca televisyen dengan laporan isu alam sekitar itu mengaku telah mengeluarkan beberapa perkataan yang boleh membangkitkan isu perkauman.Antaranya wartawan itu mengaku ada menyebut orang Melayu bukan berasal dari Malaysia atau Indonesia serta tidak pintar.Dia yang dipercayai mengeluarkan perkataan tersebut ketika dalam keadaan mabuk mengakui telah tersalah cakap hingga boleh menimbulkan salah tafsiran.

Berikutan itu, dia memohon maaf daripada kumpulan lelaki berkenaan serta seluruh masyarakat Melayu di negara ini.Wartawan tersebut sebelum ini menarik perhatian orang ramai dengan pendedahan berani berhubung isu pencemaran alam sekitar.

Penampilan Pertama Website Terkenal

Berikut adalah interface website-website terkenal di dunia semasa penampilan pertama mereka.

1. Google pada tahun 1996


2. Facebook pada tahun 2004


3. Myspace pada tahun 2003


4. Yahoo pada tahun 1997

Cont..Video Akad Nikah Eney

Ni aku post HD Video akad nikah Eney & Uda. Soory aku buat kelam kabut so hasil xberapa menarik . Pape pown cekedish harap korang layan je la yer, xpayah banyak cakap. Sebelum layanzz baik korang beli popcorn & coke ...
HD Version


Story Board Akad Nikah Eney



Akad Nikah Eney & Uda



Ari ni aku nk post gambar2 akad nikah member baik. Lokasi kampung Hutan Chegal Pasir Mas, mana2 yang taw, buat2 xtaw la yer..hu3, xpasal2 korang pegi cari. Eh, lupa nk gtaw, member baik aku gurl k, hu3, jangan jelouse. Dalam dop busy siapkan majlis, eney suruh aku jadi photographer dier, wahhh satu kejutan la buat aku. Sebelum ini aku ada la gak join member2 amik gambar orang khawin, tp ini first time bagi aku, kerna aku photographer, tukang kasi posisi, juruedit , bla bla bla, kire semua aku lah..so ni la hasil kerja pertama aku yang 100% made in cekedish. Hope korang enjoy, aku mengharapkan komen membina dari korang semua, tp sebelum korang nk hentam aku, baik aku kasi gtaw awal2, gambar ni xda speed light, so pencahayaan xberapa ok la..hehe..

Nk tgk lagi banyak, add FB aku inspired illution.. layazzzzzzzzzz

Kaybee Kota Fantasi!!!













( Hot Summer Tingkat 2 KBMALL )
Ramai orang-orang kaybee dah taw kedai ni. Tapi mungkin ramai yang tidak singgah kat kedai ni, may be bagi diorang kedai ni just prepared makanan-makanan yang biasa-biasa jer.

Aku dulu pun anggap macam itu, sehinggalah aku tiba-tiba terasa nk lepak kat kedai itu. Pilih punya pilih, aku order laksa peneng spesial harga dalam RM12.50 + Air Kosong dalam RM3. Harga memang bapak giler, tapi nk rasa punya pasal aku labur lah duit aku kat kedai itu. Bila laksa dah sampai aku try la.. Fuhhhh!!! bapak sedap, waiter siap kasi sos udang untuk bagi kick lagi.. Tapi honest la, memang sedap giler laksa diorang buat. Bendalah ape lah yang diorang taruk. Kire berbaloi la aku laburkan duit aku kat kedai itu.

Tapi bagi yang ada resdung, aku rasa baik korang xyah makan, coz aku rasa kuah dier banyak taruk udang. Pape pown bagi peminat laksa peneng, mai makan kat sini. Korang rasalah sendiri.